Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Tadarus Al-Quran JPM berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran
26/03/2024

tmjpm_260324.jpg

Tadarus Al-Quran Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena menyambut bulan Ramadan 1445 Hijrah / 2024 Masihi berakhir dengan acara penutup hari ini. 

Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen berkenaan merupakan kolaborasi  bersama Jabatan Tenaga dan Biro Mencegah Rasuah yang mengungkayahkan acara keagamaan kali ini. 

Hadir menyerikan majlis, Pemangku Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu yang juga mengepalai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan acara. 

Pada majlis berkenaan juga diselajurkan dengan menyampaikan sumbangan wakaf yang diserahkan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian kepada Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran. 

Setelah itu, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan secara beramai-ramai bermula dari Surah Ad-Dhuha dan diteruskan dengan bacaan Takhtim dan Doa Khatam yang dipimpin oleh Awang Haji Mohammad Izzat Izzuddin yang juga memimpin Doa Tahlil, Dikir dan Doa Selamat. 

Majlis seterusnya diikuti dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. 

Turut hadir ialah Timbalan Menteri, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. 

Majlis sedemikian merupakan salah satu aktiviti keagamaan dan kebajikan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh dengan rahmat di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​